Maroubra ni dekat dengan laut. Dari rumah kami dalam 4 kilometer ke tepi pantai, ada Maroubra Beach, Cooge (sebutannya Kuu Gi) Beach dan mungkin ada pantai-pantai lain yang Auntie tak tahu.
Sekarang ni musim panas, ramai la Minah Salleh dan Mat Salleh yang berjemur tepi pantai, kat tepi pantai ni pun banyak kawasan perumahan, rumah menghadap pantai, memang menjadi kesukaan orang putih. Pemandangan pun cantik. Ada kemudahan seperti taman permainan kanak-kanak, bilik mandi, kolam renang, semuanya disediakan untuk kegunaan ramai.
Kalau angin kuat dan ombak tinggi, orang takkan turun untuk mandi, begitu juga sewaktu musim sejuk, kurang orang yang datang ke sini. Pada musim sejuk juga waktu malam agak cepat, pukul lima petang dah gelap dah.
Jarak antara Maroubra ke Sydney lebih kurang sama daripada Tanjong Rambutan ke Ipoh. Ramai orang Malaysia yang tinggal di sini, tetapi Auntie belum sempat berjumpa lagi. Bandar Sydney tidaklah sibuk sangat, lebih kurang macam bandaraya Ipoh je, selepas waktu orang ramai balik dari pejabat, bandarnya lengang je, traffic jam pun tak seteruk Kuala Lumpur, cuma waktu orang balik dari pejabat agak sesak sedikit.
Setakat ini Auntie masih belum berkesempatan melawat Sydney Opera House.
Sehingga jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment